“22 bnduan satu bilik kongsi satu tong utk membuang tnpa penghadang” – Emilia Hanafi Sebak Ceritakn Apa Yg Jadi Ketika Dipnjara.

“22 bnduan satu bilik kongsi satu tong utk membuang tnpa penghadang” – Emilia Hanafi Sebak Ceritakn Apa Yg Jadi Ketika Dipnjara.



Baru-baru ini, bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, 43 telah menyerah diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk dipenjarakan selama tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.


Bebeas selepas tamat jalani hukuman
Menurut laporan daripada Kosmo! memetik daripada perkongsian TikTok dari Media Variasi, Emilia hari ini telah dibebaskan daripada tahanan penjara di Penjara Kajang pada pagi Jumaat.



Tak malu digelar banduan


Dalam temu bual ringkas itu, Emilia memaklumkan yang dia tidak malu digelar banduan kerana mengatakan masuk ke dalam penjara disebabkan ketidak adilan yang dialaminya.


“Saya tak malu digelar bnduan, saya masuk atas ketidakadilan, saya tenang hati sebab saya tak buat salah”. katanya.


Cerita keadaan dalam pnjara
Wanita tersebut juga sempat berkongsi keadaannya di dalam penjara selama 7 hari selepas tarikh penyerahan diri tempoh hari.



“Rasa syukur saya bebas, saya masuk memang saya dah jihad dan ketika di dalam saya tak ada masalah atau rintangan.


“Saya gunakan masa yang ada sebaiknya untuk diri saya dan bantu rakan-rakan yang lain,” jelasnya.


Dia juga sempat bercerita keadaan di dalam sel tahanan dimana dalam satu sel ditempatkan seramai 22 orang banduan dengan satu tong untuk membuang air kecil dan satu lagi untuk membuang air besar tanpa sebarang penghadang.



“Dalam satu sel ada 22 orang, di dalam sana ada satu tong untuk buang air kecil, satu tong untuk buang air besar, tak ada penghalang dan guna kongsi-kongsi,” ujarnya.


Di akhir perkongsian tersebut, Emilia berharap agar situasi yang menimpanya tidak akan terjadi kepada mana-mana wanita yang lain terutamanya golongan ibu tunggal dan anak-anak mereka di luar sana.

LihatTutupKomentar