Gadis cashier dit1pu pakcik isi minyak, terp4ksa tolak gaji RM310
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
SEORANG gadis cashier yang bekerja di sebuah stesen minyak terpaksa menggunakan sebahagian gajinya pada bulan ini selepas ditipu oleh seorang pakcik yang mahu mengisi penuh Hilux miliknya.
Menurut gadis itu, dia terpaksa membayar RM310 daripada gajinya bagi menampung kerugian yang dialami.
Katanya, dia didatangi seorang pakcik yang mahu mengisi minyak lalu pakcik itu memberikan duit RM50 untuk isian penuh.
Selepas selesai mengisi minyak, pakcik itu terus bergerak dari situ tanpa menjelaskan baki duit sebanyak RM310.
Menerusi perkongsiannya di Tiktok, gadis itu meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pakcik itu sehingga dia terpaksa menggunakan duit gajinya bagi menampung kerugian.
Sementara itu, kejadian tersebut mendapat perhatian pendakwah Ustaz Yaakub Yusra yang mahu membayar kerugian tersebut.
“InshaAllah saya akan gantikan nilai kerugian RM310 tu. Kesian adik ni. Siapa kenal dia tolong tag saya. Suku gaji bulan ini kena tolak sebab short macam ni.
“Kalau pakcik yang buat perangai ahli neraka itu terbaca mesej ini moga Allah kurniakan taufiq hidayah. Doa orang dizalimi makbul di sisi Allah. Moga adik yang diuji dirahmati Allah,” ujarnya.
Sumber: wowberita