Guru Agama Rogol 13 Pelajar “Hukuman Penjara Seumur Hidup Ditukar Hukuman Mati”
Guru Agama Rogol 13 Pelajar “Hukuman Penjara Seumur Hidup Ditukar Hukuman Mati”
Hukuman Penjara Seumur Hidup Ditukar Hukuman Mati
Seorang guru agama dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung kerana disabitkan kesalahan merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.
Difahamkan, guru agama tersebut, H (bukan nama sebenar) sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kes jenayah rogol yang dilakukan.
Menurut laporan, keputusan hukuman baharu itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan oleh pendakwa raya.
“Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap H,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.
Hukuman itu turut diubah oleh hakim tersebut mengenai keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh sebelum ini.
Imbas kembali, H melakukan perbuatan terkutuk merogol kesemua 13 gadis malang itu dalam tempoh masa sekitar 2016 hingga 2021.
Difahamkan, antara mangsa yang menjadi sasarannya adalah gadis-gadis berumur antara 12 hingga 16 tahun.
Menurut rekod kes, lapan mangsa yang dirogol ‘berjaya’ dihamilkan, manakala salah seorang daripadanya pernah melahirkan anak sebanyak dua kali.
Setelah bertahun lamanya, akhirnya kegiatan terkutuk guru agama itu terbongkar pada Mei tahun lalu selepas salah seorang ibu bapa mangsa menyedari anak mereka hamil.
Sumber Dan Rujukan
" https://siakapkeli.my/2022/04/05/guru-agama-rogol-13-pelajar-hukuman-penjara-ditukar-hukuman-mati/ "
Ini 5 Amalan Bulan Ramadan yang Dicontohkan oleh Rasul
1. Salat atau Ibadah Malam
Jangan sampai melewatkan rutinitas salat malam ketika bulan Ramadan nanti.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunnah pada bulan ramadan,
Maka (pahalanya) seperti orang yang melakukan amalan fardhu pada bulan lainnya.
Dan barangsiapa yang melakukan amalan satu amalan fardu di bulan Ramadan, maka (pahalanya) seperti orang yang melakukan 70 amalan fardhu pada bulan lain.”
Ibadah malam ini bisa dengan salat tahajud yang dilakukan sepertiga waktu dini hari.
2. Berpuasa Jika Mampu
Pada bulan Ramadan, puasa menjadi ibadah wajib yang harus dilakukan oleh semua kaum muslim yang mampu.
Setiap amalan di bulan Ramadan akan dilipatkan mulai dari 10 kali lipat hingga 700 kali lipat kecuali puasa. Sebab, Allah SWT sendiri yang akan membalasnya.
Untuk membahas amalan bulan Ramadan ini, Rasulullah SAW bersabda:
”Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka Allah akan menghapuskan dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).
3. Buka Puasa dengan Makanan Manis
Disunahkan untuk melakukan amalan bulan Ramadan dengan berbuka makan-makanan yang manis, air hangat, dan susu.
Ali bin Abi Thalib pun menyukai berbuka puasa dengan minuman susu.
Iman Ja’far ash shidiq berkata bahwa Rasulullah SAW apabila berbuka puasa, biasanya beliau memulai dengan memakan yang manis-manis.
Jika tidak ada, maka beliau berbuka puasa dengan memakan gula atau kurma.
Bahkan bila semua itu tidak ada, maka beliau berbuka puasa dengan meminum air hangat.
4. Segera Salat Magrib Setelah Membatalkan Puasa
Disunahkan juga mendahulukan salat fardu Magrib sebelum berbuka puasa atau makan besar. Kecuali, apabila ada orang yang menunggu makan bersama.
Kesempatan yang besar untuk meraih pintu surga ini mungkin tidak datang dua kali, lho.
Karena tidak ada yang bisa mengetahui apakah masih memiliki umur untuk kembali bertemu dengan Ramadan tahun depan.
Bentuk rasa syukur bisa ditunjukan dengan melaksanakan amalan bulan Ramadan terbaik.
5. Fokus Beribadah di 10 Hari Terakhir
Pada 10 hari terakhir Ramadan, Allah SWT menjanjikan akan memberikan ampunan kepada umat Islam yang beribadah.
Selain menjalankan sunah, amalan bulan Ramadan ini bisa menunjukkan keseriusan dari hari-hari sebelumnya.
Sehingga, bisa memberikan amalan bulan puasa yang terbaik menjelang berakhir.
Menjelaskan hal ini, dalam salah satu hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” (HR Muslim)