Ibu Tunggal Gembira Balik Kampung, Keluarga Tak Sangka ‘Aj4l’ Dihempap Besi

Ibu Tunggal Gembira Balik Kampung, Keluarga Tak Sangka ‘Aj4l’ Dihempap Besi

Ibu Tunggal Gembira Balik Kampung, Keluarga Tak Sangka ‘Aj4l’ Dihempap Besi

Kem4langan Ini melibatkan 29 kenderaan di Jalan Kamunting, Pasir Puteh pagi tadi sehingga mengorbankan seorang wanita benar-benar mengerikan.

Difahamkan, kejadian jam 9.05 pagi itu melibatkan dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

Lori Dipercayai terbalik hempap kenderaan lain

Menerusi rakaman dashcam dari kenderaan yang berada di lampu isyarat berdekatan lokasi kejadian, sebuah lori bermuatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Lima mangsa yang terlibat iaitu seorang wanita dewasa dipercayai telah meninggal dunia manakala kanak-kanak yang juga anak lelakinya parah. Tiga lagi m4ngsa alami kecederaan ringan.

Arwah gembira dapat pulang ke kampung

Menerusi laporan dari Harian Metro, kakak ipar kepada mangsa yang meninggal dunia iaitu allahyarham Yusni Abdul Hamid, 33, memaklumkan bahawa wanita itu terlihat sangat gembira ketika pulang ke kampung kerana sempat minta dimasakan pelbagai juadah.

“Arwah kelihatan sangat gembira pulang ke kampung kali ini, malah dia minta saya memasak macam-macam.

“Saya tak sangka ini sebab dia nak ‘pergi’ selama-lamanya,” kata Noraini Tadilin.

Yusni yang juga seorang ibu tunggal telah pulang ke kampung halaman selama seminggu bagi meraikan Aidil Adha tempoh hari memandangkan dia bekerja di Pulau Pinang.

Tiga orang anaknya berusia 6 hingga 12 tahun juga dijaga oleh bapanya, Abdul Hamid Ali, 65.

Anak alami kecederaan parah

Pada pagi kejadian, dia telah membawa anak sulung, Mohammad Sharul Rizal Mohd Azizi, 12 untuk membuat kad pengenalan sebelum kejadaian tersebut berlaku. Kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan parah apabila sebelah kakinya putus dan belum diberitahu tentang pemergian ibunya.

“Ketika dapat tahu dia (arwah) kemalangan, saya sedang siapkan sayur lemak petola permintaan arwah, namun dia tak sempat makan,”

“Kami belum beritahu dia (anak arwah) mengenai ibunya sudah meninggal kerana bimbangkan keadaannya,” katanya.

Terdahulu, kemalangan yang melibatkan 29 kenderaan itu dipercayai berlaku apabila treler muatan besi dari Jertih, Terengganu cuba membelok ke arah bandar Pasir Puteh sebelum terbabas.

LihatTutupKomentar