Ikon permotoran, Haqiem Stopa didakwa tiada lesen

Haqiem Stopa menerima kecaman selepas muncul dalam majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi, baru-baru ini.

SEJAK kebelakangan ini nama, seorang influencer TikTok yang dikenali sebagai Haqiem Stopa sering menjadi topik perbualan warganet selepas dirinya menerima undangan memberi ceramah di sebuah sekolah menengah baru-baru ini.

Lelaki dengan nama sebenar Hakim Jaafar itu menerima undangan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi namun dikecam kerana dikatakan tidak layak berkongsi pengalaman bersama pelajar sekolah.

Terbaharu, lelaki yang mendapat jolokan ‘ikon permotoran anak muda’ di kalangan pengikutnya itu menjadi bualan lagi apabila disaman tidak mempunyai lesen memandu.

Dalam satu hantaran tular di media sosial, Bangang Forever mengirim dua buah gambar lelaki berusia 22 tahun itu dalam keadaan disaman oleh pihak polis.

hakim

Kiriman gambar dari laman Facebook, Bangang Forever.

Malah, laman Facebook itu juga meletakkan surat saman polis sebagai bukti Hakim tidak mempunyai lesen kenderaan berkenaan.

"Aduhhh macam mana ni.. ikon permotoran anda lesen pun tiada.. lemahhh. #RiderMalaysia," katanya.

Pada Jun lalu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di kritik hebat di media sosial selepas mengangkat Haqiem sebagai ikon permotoran anak muda.

Tindakan beliau mencetuskan kemarahan warganet berikutan imej Haqiem sebagai “mat rempit” sebelum ini dan mempersoalkan kewajaran Wan Ahmad Fayhsal mengisytiharkan remaja itu sebagai ikon pemuda.

Sementara itu, berhubung isu dakwaan tiada lesen, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Hakim berhubung isu tular itu setakat ini. — Majoriti

LihatTutupKomentar