‘Kami Knal Anak Kami..’lbu Sbak Hilng 2 Ank Dlm Ms Tdkat, M0hon Hntikn SpekuIasi Iumba Hram.

‘Kami Knal Anak Kami..’lbu Sbak Hilng 2 Ank Dlm Ms Tdkat, M0hon Hntikn SpekuIasi Iumba Hram.

Georgetown: “Kami kenal hati budi anak kami macam mana. Orang kec.am macam-macam depa (mereka) tak fikir perasaan kami yang baru hiIang anak,” luah Shahiril Rohaiza Ramli, 46.

Wanita itu adalah ibu kepada seorang daripada mngsa kemaIangan m.aut di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Shahiril Rohaiza berkata, anaknya, Muhamad Eizreel Muhamad, 25, yang berkahwin pada usia muda mempunyai dua anak berusia lapan dan empat tahun serta bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal di Bukit Gedung, Bayan Baru dan difahamkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka.

“Arwh anak sulung daripada dua beradik memang minat dengan motosikal, daripada rngka, dia boleh bina jadi sebuah motosikal.

“Tetapi dia anak yang baik, bertanggungjawab dan ambil berat mengenai keluarga.

“Saya ada nasihat dia jngan bawa motosikal laju. Saya juga kenal kawan-kawannya. Mereka anak yang baik serta hormat orang tua,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan F0rensik Hspital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Shahiril Rohaiza berkata, sekitar jam 6 petang semalam anaknya ada singgah di rumah mereka di Kampung Tersusun, Sungai Ara dan berbual dengan adiknya.

“Tetapi saya tiada di rumah kerana bekerja sebagai pembantu klinik. Dia selalu sibuk dengan kerjanya tetapi selalu singgah ke rumah keluarga.

“Kali terakhir kami bersembang lama semasa Aidiladha lalu,” katanya.

Seorang lagi ibu kepada mngsa kemaIangan, Mashitah Md Isa, 44, berkata, dia tldak mendu.ga akan kehiIangan seorang lagi anak iaitu Mohd Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani 22, selepas anak ketiganya, Shazril Haikal, 20, terk0rban dalam kemaIangan jalan raya di Kedah, Mac lalu.

Suri rumah itu berkata, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai saudara kembar iaitu Mohd Shazwan Hafiz yang turut terbabit dalam kemaIangan awal itu.

Katanya, Mohd Shazwan Hafiz masih menerima rwatan di HPP serta keadaannya kini stabil.

“Anak kembar kedua saya naik motosikal berasingan dengan abangnya. Kami sekeluarga baru bercuti bersama-sama di Cameron Highlands Selasa lalu dan arwh beli buah tangan untuk semua anak buahnya termasuk bantal peIuk Upin Ipin kerana mereka pun adik beradik kembar.

“Arwh anak saya rapat dengan keluarga. Kalau dia berjalan ke mana-mana mesti ada sahaja barang yang akan dibawa balik untuk semua orang.

“Dia juga sudah bertunang kira-kira lima bulan lalu,” katanya menambah anaknya akan dikebu.mikan di Batu Maung dekat sini.

Dalam pada itu, abang kepada seorang lagi mngsa yang maut, Ahmad Najwan Ikhwan Ahmad Nazrul, 20, berkata, baru semalam adiknya, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, ada berpesan kepada rakan-rakannya untuk mahu disem.adikan di Balik Pulau berdekatan kubur arwh datuk mereka, jika dia mninggaI dunia.

“Saya dapat panggilan pada 6 pagi. Mula-mula saya tak angkat. Selepas itu saya dapat tahu adik saya sudah tiada.

“Saya teringat baru-baru ini dia ada cerita yang dia bermlmpi jumpa kawan-kawannya yang sudah mninggaI dunia.

“Dia juga ada pesan kalau dia mninggaI dunia, dia mahu dikebu.mikan di Balik Pulau sebab dekat k.ubur arwh datuk.

Katanya, kalau ada yang ingin melawat ku.bur datuk senang ziarah dia sekali.

Terdahulu, tiga ma.ut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kemaIangan membabitkan motosikal dan kereta di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu kira-kira jam 4.40 pagi.

Mngsa yang terk0rban ialah Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, dan Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22.

Sumber: hm

LihatTutupKomentar