Khabar duka “Suami pelakon lagend ‘Maria Arshad’ Telah kemabali ke Rahmatullah “

Khabar duka “Suami pelakon lagend ‘Maria Arshad’ Telah kemabali ke Rahmatullah “

Suami pelakon 80-an Maria Arshad meninggal dunia

Maria yang merupakan ibu kepada pelakon, Ijoy Azhari dan ibu mentua pelakon dan juruhebah, Sharifah Shahirah berkongsi perkhabaran duka pemergian suami tercinta, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar menerusi laman sosial Instagram.

“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam semalam.

.

“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi,” titip pelakkon filem Langit Tidak Selalu Cerah itu.

Dalam pada itu, Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, Insya-ALLAH,” katanya.

Sharifah Shahirah turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.

“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” titipnya.

Rakan artis dan warga maya menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Salam takziah Datin Maria Arshad. Semoga roh Datuk Abdul Rahman ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh.”

-“Al-Fatihah salam takziah buat Datin Maria Arshad dan ahli keluarga.”

-“Salam takziah Datin sekeluarga.”

Maria Arshad merupakan aktres popular pada pada era 1980-an, seangkatan dengan Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.

LihatTutupKomentar