Lama Sgt ‘Puasa’, Tukang Kait Kelapa Sawit RogoI Anak Kandung Akhirnya Terima Padah Dipenjara 50 Tahun



Lama Sgt ‘Puasa’, Tukang Kait Kelapa Sawit RogoI Anak Kandung Akhirnya Terima Padah Dipenjara 50 Tahun


Melaka: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas empat pertuduhan iaitu merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung pada Oktober 2021 dan Januari tahun ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Hukuman itu diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail selepas menerima pengakuan salah tertuduh dan mensabitkannya dengan semua pertuduhan selain menimbangkan fakta kes, keterangan impak mangsa, rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan rogol dan penjara 10 tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan amang seksual fizikal.

                   

Jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi kesalahan Seksyen 14 (a) AKSTKK 2017, manakala Seksyen 16 (1) akta sama, membawa hukuman maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Bagi dua lagi pertuduhan dia yang tidak diwakili peguam didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya itu di sebuah rumah pada 18 Oktober 2021, kira-kira jam 8.30 pagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim menghujahkan supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan juga keadilan kepada mangsa.

“Perbuatan tertuduh merogol anak kandungnya amat terkutuk dan berdasarkan keterangan impak mangsa jelas menunjukkan kesan besar terhadapnya.

“Sebab itu, pendakwaan menghujahkan hukuman berat berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh sebagai mesej mahkamah memandang serius kesalahan sebegini,” katanya.

“bapa yg rogol anak kandung nie kalau bole campak je dalam port buaya kebulur, bukan ape bgi dorg rase lak camaner kene lahap laju2… elok mati je dr hidup” – Acik Miya

“Anak, keluarga yg tinggal? Menanggung Malu& hidup melarat! Siapa yg akan menjaga mereka! Pastikan Bapa durjana ni bekerja keras dalam.penjara & gajinya di hantar pada keluarga yg di khianati…” – Azizah

“mcm prangai binatang…mereput dlm penjara lah jwb nya….dlm kebun sawit pun blh brnafsu kt ank ppuan sndiri…dah mcm beruk dah prangai ko” – Nor

“Kasihan nya mana pergi ibu budak ini trauma ini sampai bila bila sebab itu menjadi ibu bapa besar tanggungjawab kerana boleh menjejaskan masa deppan” – Zaillah

Tonton Video:

Sumber HM

LihatTutupKomentar