Lelaki Curi 88 Kening, Kelopak Mata Mayat Untuk Jadi Kebal

Seorang warga emas bernama Sayuti dari Kabupaten Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan ditahan polis kerana didakwa mencuri 88 pasang kening dan kelopak mata mayat sejak dua tahun lalu, lapor laman Kompas, semalam.

Polis mengesyaki suspek telah mencuri daripada 44 mayat berdasarkan penemuan 44 pasang kening dan kelopak mata di rumahnya.

Sejurus selepas dicuri, Sayuti memberitahu, dia akan mengeringkan setiap pasang kelopak mata dan kulit kening sebelum dibalut menggunakan kertas timah.

Tambahnya, kesemua 88 pasang kening dibaluti timah itu kemudian diletakkan ke dalam beg plastik dan dibawa suspek ke mana-mana sahaja.

Sayuti berkata, dia mencuri kening dan kelopak mata mayat adalah untuk ilmu kebal daripada senjata tajam dan mengubati sakit misteri.

Dia tinggal bersendirian di Kampung Benawa Tengah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Modus operandi Sayuti adalah berpura-pura solat berdekatan mayat semasa waktu ziarah.

Apabila ahli keluarga mayat sibuk melayan tetamu, dia menghiris kening dan kelopak mata mayat dengan pisau cukur dan segera meninggalkan lokasi kejadian. 

Perbuatan Sayuti terbongkar selepas salah seorang ahli keluarga menyedari keadaan mata jenazah seperti melepuh dan melihat suspek meninggalkan lokasi dalam keadaan tergesa-gesa. – Agensi
LihatTutupKomentar