Mak Guard India Masuk Islam Selepas Mimpi Pakai Telekung, Bukan Sekali Tapi Dua Kali Cekal Sara 4 Anak Kecil Dan Ibu Bapa Uzur
Mak Guard India Masuk Islam Selepas Mimpi Pakai Telekung, Bukan Sekali Tapi Dua Kali Cekal Sara 4 Anak Kecil Dan Ibu Bapa Uzur
Nursarah menyara keluarga dengan pendapatan sebagai seorang pengawal keselamatan.
PENGORBANAN seorang wanita bergelar ibu memang tiada bandingnya.
Bagi ibu tunggal ini, apa sahaja sanggup dilakukan demi memastikan keperluan keempat-empat anak yang berada di bawah jagaannya mencukupi.
Bukan itu sahaja, Saratah Letchumanan atau nama Islamnya Nursarah Letchumanan, 39, turut menggalas tanggungjawab menjaga ibunya Tunikody M Karuppiah, 66, serta bapanya, Letchumanan Ponnusamy 84, yang menghidap peny4kit kronik seperti s4kit jantung, batu di hempedu, asma, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Nursarah (kiri) ketika bertemu dengan salah seorang sukarelawan MyFundAction.
Nursarah bersama kedua-dua ibu bapa serta empat anaknya iaitu Yuganesshwary, 15; Kuhan Raj, 13; Yogaletchumy, 5 dan Vithya Sri yang baru berusia empat tahun kini menetap di projek perumahan rakyat (PPR) Seri Semarak, di Setapak, Kuala Lumpur.
Kisah kesusahan Nursarah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sekitar RM2,300 sebulan mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction).
Selain daripada pendapatan tetap setiap bulan, Nursarah turut menjalankan perniagaan menjual muruku secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.
Menurut salah seorang sukarelawannya, Muhammad Alief Hakimie Ramli, 24, pihaknya kagum dengan kecekalan Nursarah memikul tanggungjawab besar menguruskan semua tanggungannya itu sendirian.
“Sebelum ini dia (Nursarah) masih mampu untuk tanggung keluarga, tetapi sejak ayahnya sakit dan terlantar di hospital, banyak wang diperlukan untuk membeli susu dan lampin pakai buang ayah.
“Kos untuk beli susu dan lampin sahaja menelan belanja RM600 sebulan. Anak-anak pun semuanya masih bersekolah lagi,” ujar Alief yang menyertai misi bantuan Perintis Aspirasi anjuran MyFundAction.
Nursarah (kanan) bersama ibu kandung (kiri) dan anak-anaknya yang masih belum bersekolah.
Nursarah menerima bantuan makanan asas harian serta barangan kebersihan diri bernilai RM310 selama enam bulan.
Dalam pada itu Nursarah yang memeluk Islam sejak setahun yang lalu berkata dia tidak pernah meminta atau memohon mana-mana bantuan sebelum ini.
Kata Nursarah dia bimbang seandainya masyarakat menganggap dia memeluk Islam hanya untuk mendapatkan bantuan.
Fasal saya masuk Islam, sebenarnya saya dapat hidayah selepas mimpi pakai telekung jadi saya minta kebenaran ibu bapa untuk masuk Islam.
NURSARAH
“Saya masuk Islam bukan sebab nak ambil kesempatan untuk dapatkan peruntukan. Bantuan kali ini pun tak tahu macam mana boleh dapat, mungkin orang terdekat yang mohonkan.
“Fasal saya masuk Islam, sebenarnya saya dapat hidayah selepas mimpi pakai telekung jadi saya minta kebenaran ibu bapa untuk masuk Islam.
“Mak ayah tak halang saya nak peluk Islam tapi mereka cakap jangan sebab lelaki atau niat lain tukar agama. Kalau sebab cinta pada Allah, mereka cakap tak apa.
Nursarah menerima bantuan daripada MyFundAction.
“Jadi saya beri masa enam bulan sebelum buat keputusan muktamat. Kalau mimpi tu bukan mainan tidur, ia akan datang semula sebab saya pun tak nak tergesa-gesa. Lepas enam bulan, saya alami mimpi sama. Saya pun terus pergi JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) tahun lepas,” jelasnya.
Kata Sarah yang juga graduan Diploma di Institut Usahawan Bumiputera (IUB) dalam bidang Teknologi Digital (IT), walaupun kini berbeza pegangan agama dengan ahli keluarganya yang lain, ia tidak menjadi masalah untuk mereka melakukan amalan mengikut pegangan masing-masing.