Memang Wedding Of The Year! Orang Kampung Buat Rewang Kenduri Kahwin Atas Kubur, Siap Ada Pentas Karaoke

"KASIHAN mayat di dalamnya... tak boleh berehat dengan tenang!"

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen susulan tularnya video di laman sosial memaparkan persiapan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di atas tanah perkuburan Islam!

"Entah siapa yang salah? Di atas kuburan pun jadi," demikian kapsyen yang mengiringi video berkenaan.


Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Instagram @terangmedia, kelihatan kawasan tanah perkuburan tersebut mewah dengan pentas pelamin yang dihias untuk acara persandingan raja sehari.

Bukan itu sahaja, sebuah pentas yang dilengkapi dengan sistem audio turut didirikan bersebelahan dengan pelamin, bagi menghiburkan tetamu yang hadir.


Turut kelihatan beberapa individu berjalan ke hulu hilir melakukan persiapan di lokasi berkenaan.

Malah anak-anak kecil juga selamba berjalan memijak kubur malah siap bersantai di atas pelamin yang dipasang di atas kuburan.

Apa yang lebih menimbulkan kekesalan ramai, ada di antara individu di dalam video tersebut siap mengenakan songkok dan hijab, seolah-olah mereka mencemarkan imej agama Islam dengan perlakuan yang jauh menyimpang daripada adab tatatertib.

kubur 1 baru

Kelihatan individu bersongkok dan bertudung yang menghadiri persiapan majlis berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Indonesia namun tidak dapat dipastikan secara tepat lokasi atau daerah di mana majlis perkahwinan itu berlangsung.

Video berdurasi kurang daripada 20 saat itu jelas sekali mengundang kecaman warga maya termasuk daripada rakyat negara tersebut sendiri.

Malah ada yang menganggap insiden berkenaan amat memalukan.

Kes-kes macam ini mesti dari seberang... tiada apa yang perlu dihairankan.
NETIZEN

"Ada dangdutnya juga... masyarakat di sana kenapa dengan adabnya?

"Astagfirullah... kalau (rumah) tidak ada halaman, adakah desanya juga tidak punya kawasan lapang?

"Padahal Islam sudah mengajar cara pernikahan yang sebenar," demikian antara komen warga maya.

Video yang mulai tular ke Malaysia sejak Rabu ini membuatkan ramai netizen terkejut dengan 'aksi terlampau' masyarakat di sana.

Namun kebanyakannya menyifatkan perkara aneh sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan negara berkenaan sungguhpun sebahagiannya menganut agama Islam.

komen kubur

Antara komen netizen terhadap video tular tersebut.

"Kes-kes macam ini mesti dari seberang... tiada apa yang perlu dihairankan.

"Yang merapu memang tak lain dan tak bukan...." demikian komen mereka.
video sama yang turut dimuat naik oleh laman Instagram @timeindonesia meraih 5,743 jumlah tontonan.

Untuk rekod, baru-baru ini tular video memaparkan penjaja yang memakai kopiah dan bertudung namun menyajikan sate yang diperbuat daripada daging ular serta haiwan eksotik lain.

Video tersebut turut mengundang kecaman ramai kerana ia nyata mencemarkan imej agama Islam lebih-lebih lagi apabila peniaga cuba berselindung di sebalik imej Islamik.
LihatTutupKomentar