Murid jual kuih ‘air tangan’ ibu di sekolah di ’tangk4p’ guru, cikgu ini jelas sebabnya..

Murid jual kuih ‘air tangan’ ibu di sekolah di ’tangk4p’ guru, cikgu ini jelas sebabnya..

 


SETIAP kali bunyi loceng menandakan waktu rehat di sekolah, golongan muridlah yang paling seronok kerana dapat makan bersama rakan-rakan di kantin.

Tetapi lain pula halnya dengan kisah seorang murid yang dikes4n membawa bungkusan mengandungi beberapa bekas kuih untuk dijual kepada murid lain sebelum waktu rehat.

“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,” ujar murid berusia 10 tahun itu sambil tersenyum apabila dit3gur oleh seorang guru.

Guru berkenaan yang berkongsi kisah itu di halaman Facebook, Mohd Fadli Salleh berkata, aktiviti murid menjual di sekolah merupakan satu kesal4han.

Kuih yang dibuat oleh seorang ibu untuk dijual oleh anaknya di sekolah.

“Berubah muka murid tersebut bila aku cakap macam tu. Memang ketara perubahan air muka dari gembira dengan hasil jualan menjadi t4kut dihukvm atau didend4 guru disiplin,” katanya.

Bercakap kepada murid berkenaan, Mohd Fadli berkata, aktiviti menjual dalam kalangan murid di sekolah tidak dibenarkan,.

“Pertama sekali, orang lain akan d3ngki. Mereka pun nak jual juga. Kedua, kalau duit jualan awak hil4ng, macam mana?

“Ketiga, kalau semua orang jual makanan, tiada orang akan makan dan beli di kantin. Rug1 orang kantin. Keempat, jika makanan awak jual tu buat orang lain sak1t perut macam mana?” jelasnya kepada murid tersebut.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menerima t3guran untuk tidak menjual di sekolah. Gambar sekadar hiasan

Riyak wajah murid yang keris4uan itu semakin hil4ng selepas diberikan penerangan, malah mengangguk tanda faham kerana tidak dimar4hi.

“Kali ini tak apa, cikgu ma4fkan. Lagipun awak tidak tahu. Mak awak pun tak tahu. Dalam Islam, kalau tak tahu, dima4fkan kesal4han itu.

“Simpan duit awak elok-elok, jangan bagi hil4ng. Pulang nanti terus bagi kat mak. Beritahu elok-elok kat mak apa yang cikgu cakap,” ujarnya.

Mohd Fadli kemudian bertanya tentang baki makanan yang ada dan harga setiap satu.

“Tiga bekas cikgu, RM2 satu bekas,” ujar murid tersebut.

“Bak sini semua, cikgu beli,” kata Mohd Fadli yang kemudian menyerahkan tiga bekas makanan itu kepada murid-murid lain yang dalam perjalanan ke kantin.

Seorang murid berwajah ceria apabila hasil jualannya habis dijual di sekolah.

Namun, apa yang membanggakan Mohd Fadli adalah murid berkenaan tidak lagi menjual makanan di sekolah kerana mematuhi peraturan dan menerima nasihatnya.

“Aku suka sikap mak budak ini dan murid ini sendiri. Emaknya cuba mencari duit sampingan, bukan duduk saja merungvt tentang sus4hnya sebuah kehidupan.

“Si anak pula tidak seg4n membantu ibu, tidak malu berniaga dan amanah menyimpan hasil jualan. Aku percaya, murid ini akan berjaya dalam hidupnya. Kemungkinan besar menjadi ahli perniagaan.

“Namun peraturan tetap peraturan. Jika satu pengecualian aku beri, orang lain akan meminta hak yang sama… akhirnya peraturan tidak lagi diikuti dan tidak dihormati.

“Aku sangat percaya bukan semua kesal4han patut diberi hukvman. Ada sesetengah kesal4han, memberi nasihat dan sokongan itu lebih berkesan,” katanya sambil menambah tegvran dan nasihat itu membentuk murid menjadi insan yang berguna.

Sumber: Mstar

LihatTutupKomentar