Pembantu rumah berusia 28 tahun berketurunan bugis mati selepas didera teruk oleh pasangan suami isteri 'Keluarga VVIP Sabah'. Sehingga kini kes itu belum didakwa oleh Pejabat Peguam Negara (Sabah) kerana 'kabel' besarnya walau kes itu seksyen 302
Pasangan suami isteri keluarga kepada VVIP di Sabah ditahan kerana didakwa membunuh pembantu rumah berusia 28 tahun berketurunan bugis selepas didera teruk di rumahnya di Lido Avenue A 3A Tingkat 8 Penampang.
Pembantu rumah dikenali Nur Sharifah dalam satu laporan kes pada 13 disember baru-baru ditemui mati di dalam bilik air majikannya atas alasan punca kematian pembantu rumahnya tidak diketahui.
Salinan laporan polis yang diperolehi Sabahkini2 menunjukkan pasangan suami isteri memberikan alasan kononnya beliau dan keluarga telah keluar bercuti sebelum pulang dan mendapati pembantu rumahnya meninggal dunia di dalam bilik air di rumah pengadu.
Laporan polis oleh suami isteri mendatangkan kecurigaan kerana siasatan lanjut menunjukkan mangsa penderaan itu ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan tidak berbaju.
Penelitian awal terdapat kesan lebam di kepala mangsa, kesan luka di belakang kepala, bahu sebelah kanan badan, lebam pada mata sebelah kanan dan pergelangan tangan mangsa.
Malah lebih mengejutkan keseluruhan badan mangsa turut melecur disyaki terkena air panas.
Suspek akhirnya mengakui bahawa dia dan isterinya telah mendera si mati semenjak ogos 2021 lagi. Menurut sumber itu lagi, pihak polis dan pihak berkuasa yang lain telahpun selesai menjalankan siasatan dan mahu pendakwaan dibuat di bawah seksyen 302, Kanun keseksaan kerana membunuh
Mohammad Ambree dan Etiqah Siti Noorashikin
Bagaimanapun pasangan suami isteri saudara VVIP berketurunan suluk dikenali sebagai Mohammad Ambree dan isterinya Etiqah Siti Noorashikin dilaporkan hanya direman 7 hari (tambahan sehari) kerana terdapat tangan-tangan ghaib yang cuba menutup kes itu dari pendakwaan ke mahkamah.
Umum mengetahui bukan semua kesalahan boleh jamin. Selalunya kesalahan ‘hardcore’ seperti membunuh, kes dadah hukum sampai mati, tidak dibenarkan jamin. Kebarangkalian pesalah bagi kes begini melarikan diri atau bersembunyi sangatlah tinggi. Namun tidak bagi Mohammad Ambree dan isterinya Etiqah Siti Noorashikin yang punya 'kabel' besar.
Apa sudah jadi Jabatan Peguam Negara bagaimana kes Seksyen 302 belum didakwa lagi ke mahkamah?. Apakah kerana yang meninggal mati didera itu berbangsa bugis itu rakyat biasa maka kes itu perlu dilengahkan atau mungkin di tutup? Jika tiada tekanan media dan rakyat maka senyaplah kes itu.
Apakah kerana suspek punya kaitan keluarga VVIP ‘Istana’ maka mereka perlu diberi layanan kayangan berbanding rakyat biasa yang lain?. Keadilan mesti ditegakkan jika tidak akan menunjukkan golongan kayangan saja mampu melepaskan diri dari pertuduhan mahkamah.
Apa sudah jadi dengan Jabatan Peguam Negara, YA Tuan Irwan Bin Suainbon selaku Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah mengapa kes ini belum didakwa sedangkan siasatan polis jelas menunjukkan pasangan suami itu mendera pembantu rumah mereka sehingga mati.
Apakah laporan siasatan penderaan atau gambar-gambar perlu didedahkan barulah pejabat Peguam Negara akan bertindak?
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat Sabah bagaimana pegawainya di Jabatan Peguam Negara (Sabah) menyelesaikan kes ini? Ini kes bunuh melibatkan nyawa dan hak keluarga terlibat
Walau apapun prosedurnya rakyat dan keluarga mangsa perlu dijaga. Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini dengan telus dan jujur tanpa mengira latar belakang, populariti dan status kewangan orang yang disiasat.
Salah tetap salah. Orang salah tidak boleh diangkat sebagai benar kerana latar belakangnya. Janganlah siasatan dikaburi kerana latar belakang seseorang, fikirkan juga nasib mangsa yang masih kecil, yang memerlukan perlindungan dan kasih sayang. Kalau dia salah hukum dia, kalau dia benar bebaskan dia.
[http://sabahkini2.com/en/news/4385/pasangan-suami-isteri-keluarga-vvip-sabah-dera-pembantu-rumah-sehingga-mati-dibebas-