Ramai Teruja MYDIN Masih Jual Minyak Masak Pada Harga RM29.70 Sebotol

Akur dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan, rakyat seolah-olah redha. Apa lagi yang rakyat boleh dilakukan selain dari menerimanya. Nak ke tak nak, minyak masak harus tetap dibeli memandangkan ia bahan utama dalam masakan.

Minyak masak sebelum ini berharga bawah RM30 kini sudah berharga RM40 lebih. Berbeza bagi setiap kedai dan pasaraya namun apa yang sungguh mengujakan rakyat Malaysia adalah apabila MYDIN masih menjual minyak masak cap SAJI dan ALIF pada harga RM29.70.

MYDIN masih jual minyak masak pada harga RM29.70, ramai teruja

Hal tersebut telah diuar-uarkan menerusi laman facebook MYDIN sendiri. Menerusi ciapan tersebut, harga bagi minyak masak SAJI dan ALIFF masih berharga RM29.70 bermula hari ini, 8 Julai 2022 sehingga 11 Julai 2022.

Namun ada beberapa syarat bagi mendapatkan minyak masak pada harga tersebut. Antaranya adalah hanya pemegang kad meriah Mydin sahaja yang layak untuk membeli minyak tersebut dan terhad kepada 1 botol sahaja bagi setiap pelanggan.

Dapatkan minyak masak 5kg jenama Alif & Saji dengan harga *RM29.70 dari 8 Julai – 11 Julai 2022.

  • Terhad 1 botol untuk setiap pelanggan/keluarga.
  • Sah di cawangan MYDIN di Semenanjung Malaysia sahaja.
  • Sah untuk pemegang Kad Meriah MYDIN sahaja.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian Mydin di Facebook, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Namun rata-ratanya sangat teruja dengan apa yang dimaklumkan oleh pihak Mydin ini.

Ramai yang berterima kasih dan memuji pengusaha Mydin yang dikatakan jujur. Malah dalam masa yang sama ramai juga mendoakan beliau agar dimurahkan rezeki selalu.

Dalam masa yang sama ada juga berseloroh mengatakan mesti boss Mydin tersebut baru lepas tengok movie Mat Kilau memandangkan menerusi video tersebut dapat dilihat dia sedang bersilat.

Tidak kurang juga ada warganet yang sempat memberi pendapat menyatakan stok minyak  tersebut dibeli secara pukal sebelum kenaikan harga dan masih berada di gudang. Oleh sebab itu, Mydin tidak menaikan harga memandangkan kos minyak tersebut dibeli pada harga yang lama.

Walau apa pun, semoga rakyat Malaysia gembira dan bahagia atas promosi minyak masak yang dijalankan oleh pihak Mydin ini. Cepat pergi dapatkan sekarang, sementara stok masih ada! Jangan lupa juga kongsikan berita gembira ini kepada kenalan korang ya!

Sumber: MYDIN

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter

LihatTutupKomentar