Satu keluar,Sejuta yang masuk “Dakwah Nabil Ahmad mengegarkan Wartawan dan Media yang hadir”

Satu keluar,Sejuta yang masuk “Dakwah Nabil Ahmad mengegarkan Wartawan dan Media yang hadir”

Satu Orang Nak Keluar Islam, Sejuta Orang Nak Masuk Agama Islam, Viral Dakwah Nabil Ahmad Mengegarkan Wartawan Dan Media Yang Hadir

Satu Orang Nak Keluar Islam, Sejuta Orang Nak Masuk Agama Islam, Viral Dakwah Nabil Ahmad Mengegarkan Wartawan Dan Media Yang Hadir

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak, pelakon, dan pengacara, Nabil Ahmad. Beliau berada dalam dunia hiburan tanah air ini sudah begitu lama sekali. Dengan daya tarikan semulajadi dan bakat tersendiri, beliau merupakan selebriti yang luar biasa serta mempunyai kelab peminat yang ramai.

Kisah penghijrahannya secara tiba-tiba telah menyentak hati ramai pihak yang terkesan untuk berubah. Baru-baru ini viral satu video dakwah Nabil Ahmad secara spontan di hadapan media, wartawan, dan Pengurus Saluran Era di sidang media slot 3 Pagi Era.

Isu agama Islam perlu diambil berat oleh semua umat Islam

Melalui sebuah majlis sidang media Pengenalan Personaliti Baru Era yang berlangsung di Tiffin At The Yard, Sentul Depot Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, telah menyaksikan gandingan tiga penyampai popular iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin. Dakwah Nabil Ahmad di mana-mana.

Siapa sangka dalam majlis tersebut Nabil sempat menyelitkan sedikit nasihat berguna kepada umat Islam tentang isu viral seorang pelawak wanita yang telah memalukan agama Islam.

Beliau menyeru semua umat Islam untuk ambil tahu tentang apa yang berlaku pada agama Islam. Isu penghinaan agama Islam bukanlah isu peribadi atau kelompok tetapi isu semua masyarakat yang beragama Islam. Kita mesti menjaga kesucian nama agama ini dari dicemari oleh orang lain.

“Baru-baru ini ada orang Islam yang tunjuk dia nak keluar agama. Hari ini kita tunjuk kita bawa agama masuk dalam diri kita,” katanya dengan bersungguh-sungguh.

Beliau yang kemudian terus mengeluarkan sepasang jubah hijau panjang dan kopiah putih lalu memakainya.

“Hari ini kalau kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu,” katanya lagi.

Terjemahan ayat ini sama seperti di dalam Al-Quran Surah Muhammad, ayat 7, Allah SWT ada berfirman:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Allah akan bawa sejuta lagi orang yang masuk Islam

“Tak perlu risau kalau ada orang nak keluar Islam. Sebab nanti Allah akan bawa lagi sejuta orang untuk masuk agama Islam,” itulah kata-katanya yang menyentuh ramai pihak.

Beliau juga meminta kepada pihak wartawan dan semua media yang hadir untuk viralkan usahanya untuk membantu agama seperti mana hangatnya isu viral pelawak wanita yang telah memalukan agama Islam itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut memohon maaf kepada pihak Pengurusan Saluran Era kerana mengambil masa sedikit untuk menyampaikan nasihatnya tentang isu yang tular baru-baru ini.

Ramai netizen sokong usaha dilakukan Nabil

Apa yang disampaikan oleh Nabil Ahmad, mendapat reaksi yang cukup positif dari para netizen. Setakat ini video yang berdurasi 1 minit 17 saat itu, telah mendapat 113.8 K like, 1716 komen, dan 4341 kongsi.

“Bila keyakinan dah dalam diri dan kerana Allah. Allahuakbar!”

“Masha Allah bagusnya. Semoga kita semua istiqamah. Ada hikmah Allah pilih Nabil, banyak realiti show dia join mesti selit tazkirah.”

“Alhamdulillah Nabil. Harap dengan ayat Nabil ni ramai yang terbuka pintu hati dia. Doa yang baik untuk perempuan tu. Idfaq billatihhi ahsan.”

Dakwah bukan hanya tugas Nabi, tetapi semua umat Islam

Perintah utama dalam agama Islam adalah menyuruh berbuat perkara yang makruf dan melarang berbuat perkara yang mungkar. Hal ini sangat penting kerana melalui perintah inilah diutuskan para Rasul dan Nabi.

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Allah membiarkan sahaja perkara yang mungkar berlaku di dunia ini? Pastinya pertalian agama Islam akan terputus dan lenyap.

Imam Ibn Qudamah berkata: “Ketahuilah bahawa amar makruf adalah perkara yang paling agung dalam agama. Ia merupakan tugas penting yang kerananya Allah mengutus para Nabi. Andaikan tugas ini ditiadakan, maka akan muncul kerosakan di mana-mana dan dunia akan hancur.” – (Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, hlm. 156)

Walaupun tugas berdakwah adalah tugas para Nabi dan Rasul tetapi kita sebagai umat Islam diwajibkan untuk berdakwah sesuai kemampuannya.

Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” – (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Apa yang Nabil Ahmad lakukan dalam dunia hiburan memang banyak menyuntik hidayah atas kurniaan Allah SWT kepada rakan-rakan artis yang lain khususnya. Diharapkan usaha dakwah ini sentiasa berkembang dan beliau istiqamah mencari kebaikan atas jalan Allah.

LihatTutupKomentar