Suami Rindu Dipanggil ‘Abang’, 18 Tahun Setia Berk0rban Jaga Isteri Yang Terlantar K0ma

Suami Rindu Dipanggil ‘Abang’, 18 Tahun Setia Berk0rban Jaga Isteri Yang Terlantar K0ma


Suami Rindu Dipanggil ‘Abang’, 18 Tahun Setia Berk0rban Jaga Isteri Yang Terlantar K0ma

Siapa sangka isteri yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. Panggilan ‘abang’ buat suami yang dahulu dianggap biasa, kini menjadi perkara yang paling dirindui apabila isteri tidak lagi berdaya dan disahkan koma selama 18 tahun. Terharu dengan kesetiaan suami ini yang berazam setia menjaga isteri tersayang hingga ke akhir hayat wajar dijadikan inspirasi buat pasangan yang lain.

Rindu Dipanggil ‘Abang’

Tiada apa diharapkan Rosli Itam, 53, selain keajaiban untuk melihat isterinya, Rusmahwati Wazir Mohamed, 50, yang 18 tahun koma dan terlantar sejak 2004 kembali sedar.

Bagi bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, seribu rahmat buatnya jika Rusmahwati dapat kembali bercakap dan memanggilnya ‘abang’ kerana detik itu sangat dirinduinya.

Isteri Meracau, Tidak Sedarkan Diri

Rosli berkata, kehidupan Rusmahwati yang sebelum itu sihat dan tiada penyakit berubah apabila dia meracau serta tidak sedarkan diri pada Mei 2004.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika isterinya baru lebih tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.

“Sewaktu kejadian, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang dan pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan jiran bahawa isteri meracau dan selepas itu tidak sedarkan diri.

“Isteri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan apabila saya tiba di hospital, doktor memaklumkan dia dalam keadaan kritikal dan koma.

“Menurut doktor, isteri saya menghidap penyakit hypoxic encephalopathy atau hipoksia otak dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih di samping rawatan fisioterapi setiap hari,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini semalam.

Terdahulu, Rosli menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir melawat dan menyampaikan sumbangan.

Hipoksia Otak

Hipoksia otak agak asing dalam kalangan masyarakat dan ia membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.

Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun darah masih mengalir, apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar hipoksia otak.

Gejala itu menjadi lebih berbahaya apabila aliran oksigen ke otak terputus dan kesan buruknya boleh mengakibatkan koma, sawan dan kematian otak.

50 Kali Buat Rawatan Cara Tradisional & Alternatif
Rosli berkata, selain HTAA, isterinya turut menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Angkatan Tentera Lumut di Perak namun keadaannya tetap sama.

“Selain rawatan moden di hospital, lebih 50 kali saya cuba menerusi cara tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung namun belum berhasil,” katanya.

Menurutnya, Rusmahwati hanya minum susu khas, Ensure Gold melalui tiub di hidungnya yang mana bekalannya setiap bulan diperoleh menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Perkeso juga bantu membekalkan lampin pakai buang setiap bulan. Selain itu, isteri saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM300 sebulan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu isteri saya termasuk TUDM sejak 2004 sehinggalah saya berpencen pada 2013,” katanya.

Jaga Hingga Akhir Hayat

Rosli berkata, biarpun apa pun keadaan isterinya, perasaan cinta dan sayang terhadapnya tidak pernah berkurangan.

Dia juga tidak pernah putus harapan agar Rusmahwati pulih suatu hari nanti dan berharap jika ada pakar dan pengamal perubatan Islam yang boleh merawat penyakit isterinya tampil membantu.

“Saya tidak menagih bantuan kewangan, apa saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai, biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya sebak.

Semakan dan Permohonan Tabahnya dan cekalnya suami ini, walaupun isteri sakit dan koma 18 tahun tetap setia dan berazam menjaga isteri hingga ke akhir hayatnya.Semoga isteri beliau di beri kesembuhan, dan kisah ini menjadi inspirasi buat para suami yang lain juga.

LihatTutupKomentar