Tega Betul, Inikah Muka Penceramah Bebas Yang Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun


Seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah ditahan, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Polis Selangor sebentar tadi.


Penceramah bebas berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di IPD Kuala Selangor pada 18 Julai, kira-kira 4.50 petang.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dalam satu kenyataan hari ini berkata pada Sabtu 16 Julai 2022, sekitar jam 11.15 malam mereka telah menerima laporan daripada mangsa mengenai kes tersebut. 


Menurutnya, setakat ini, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka dari pengadu yang sama iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Perak. 


“Hasil siasatan awal mendapati, pengadu telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.


“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

“Suspek telah direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. 

Sumber: siakap, fans najib razak

LihatTutupKomentar