“Tergamak buat macam tu” Nenek sedih bila anak-anak dah tak ‘Jengok’ Selepas berumah tangga


“Tergamak buat macam tu” Nenek sedih bila anak-anak dah tak ‘Jengok’ Selepas berumah tangga


Nenek Sed1h Bila Anak2 Dh Tak Balik Jengok Selepas Berumah Tangga..Terg4mak Anak2 Buat Mcm Tu..

Nenek menangis tersedu-sedan dalam bilik sambil ditemani oleh ibu dan makcik. Aku tahu ini bukan kali pertama nenek menangis. Cuma baru kali ini dia menangis di depan orang. Mungkin rasa sakit yang nenek rasa sudah tidak mampu lagi ditahan.

Walaupun sebelum ini nenek sering melemparkan senyuman, namun air mata nenek jelas menggambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu yang kesedihan.

Nenek tidak bekerja, begitu juga dengan atuk. Tetapi nenek buat kerja-kerja kampung yang dia mahir untuk mencari duit tambahan. Tetapi berapalah sangat hasil yang nenek dapat setiap bulan. Cukup-cukup untuk makan sebulan saja rasanya.

Sudah lama nenek pendamkan semua ini. Nenek ada 10 orang anak, 6 anak perempuan dan 4 anak lelaki. Sejak atuk berhenti kerja, nenek cuma bergantung harap pada wang belanja yang anak-anak hantar setiap bulan. Bukannya nenek tak bekerja langsung, tetapi adalah melakukan kerja-kerja kampung. Faham-faham sajalah orang tua, kudrat mereka berdua apalah sangat.

Sayangnya setiap bulan, nenek cuma mendapat duit daripada anak perempuan. Semua anak lelaki senyap seribu bahasa tanpa perkhabaran. Bukan saja duit yang tidak tidhulur, dalam sebulan nak bertanya khabar pun belum tentu. Semua sibuk dengan anak isteri sehingga ibu yang sudah penat melahirkan dan membesarkan mereka seolah-olah hilang dari ingatan mereka.

Lebih parah lagi apabila ada yang tidak tahu malu datang berjumpa dengan nenek nak pinjam duit sebagai pertolongan. Bukan nenek tak mahu beri, nenek pun tak ada duit. Nenek pun tak suka tengok anak dia dilanda kesusahan. Walaupun tiap-tiap bulan tak dengan khabar dan cuma muncul bila perlukan wang, nenek masih sayang pada mereka.

Hingga rumah nenek tidak lagi mereka jenguk, khabar nenek tidak lagi mereka peduli. Mereka cuma turutkan kata isteri yang terlebih-lebih mereka sayangi sehingga ibu mereka sendiri diketepikan.Hati mana yang tidak luluh diperlakukan begini? Anak yang dibelai dan disayangi sudah tidak lagi mempedulikan diri yang sudah semakin tua dimamah usia.

Sampai satu hari nenek sudah tidak tahan lagi, dia menangis tersedu sedan bercerita tentang semua anak-anak lelakinya yang dia sangat sayangi pada suatu masa dahulu yang kini dia sendiri sudah tidak mengenali mereka lagi. Kata nenek, dia tidak punya anak lelaki lagi. Tentu nenek sudah tidak tahan lagi menanggung kesedihan ini.

Hai anak, sampainya hatimu melihat ibumu menangis tersedu sedan kerana kamu. Dia sudah berjaya mendidikmu sehingga kamu berjaya, namun setelah kami beristeri, isteri dan anak-anakmu menjadi prioriti, ibumu ditolak ketepi. Benar syurga isterimu itu ada pada kamu seorang lelaki. Namun ingatlah syurga kamu itu ada pada ibumu.

Jaga dia dengan sebaik-baiknya sementara dia masih ada. Tetaplah buat dia tersenyum sebagaimana kau selalu membuatnya tersenyum satu masa dahulu. Pastikanlah kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik. Ibumu tidak mahu lebih-lebih daripadak amu, cukuplah sekadar kasih sayang dan perhatian sebagai tanda kau peduli.

Jagalah ibumu, dia sudah terlalu tua dan penat untuk masih lagi menangis kerana kamu. Maka bahagiakanlah dia, buat dia tersenyum dan bahagia. Ibumu itu adalah kunci syurga yang kamu tercari-cari itu. Hargailah dia sementara dia masih ada.

Jika perginya ibu kamu nanti, maka pergilah satu nikmat tuhan iaitu doa seorang ibu yang tidak tertolak. Janganlah ibumu masih hidup tetapi kamu tidak lagi dia doakan.

Wahai lelaki, jika kamu belum berkahwin lagi, pilihlah isteri yang akan menghormati ibumu dan faham bahawa ibumu itu prioriti kamu. Wahai suami, macam mana kamu menyayangi isteri dan anak-anakmu, ibumu masih perlu menjadi nombor satu dan kasihilah dia sementara tuhan masih meminjamkan dia untukmu.

Wahai isteri, janganlah halang hubungan antara seorang anak lelaki dan ibunya. Biarlah dia memberikan kasih sayang dan duitnya itu untuk ibu mereka. Syurga kamu itu ada pada suami, tetapi syurga suamimu itu adalah ibunya.

Tak minta banyak, cuma doakan nenek kuat dan tabah serta dimurahkan rezeki serta semua lelaki di dunia ini mula menghargai, menghormati dan menyayangi ibu masing-masing sebagai prioriti lelaki. Peganglah kunci syurga kamu itu dengan baik, sekali kau terlepas, ia belum tentu kau boleh dapatkan kembali.

Dosa terhadap ibu bapa dibalas Allah di dunia… Jangan dicemuh ketika usia tua mereka

BERBAKTI kepada orang tua sudah menjadi satu tuntutan dalam Islam. Ini kerana sebagai menghargai pengorbanan mereka yang tidak putus-putus untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan menjadikan kita seorang manusia yang berguna.

Perintah berbakti kepada ibu bapa dirakamkan oleh Allah didalam Surah Al-Isra’ ayat 23 yang maksudnya;

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dewasa ini kita sering kali dikejutkan dengan berita-berita yang menyayat hati bagaimana seorang anak yang sanggup membunuh ibu bapa dek kerana harta. Ada yang sanggup mendera ibu bapa mereka dan ada juga yang suka memaki hamun orang tuanya.

Menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada ibu bapa dapat membantu mereka mendapat rahmat Allah.

Sabda baginda Rasulullah: Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].

Kunci utama bagi seseorang untuk masuk syurga adalah dengan mentaati ibu bapanya dan berbakti kepada mereka selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan kemaksiatan dan kemurkaan kepada Allah.

Berbakti kepada kepada ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

1. Semasa mereka hidup

Berbakti kepada ibu bapa sewaktu hidup boleh disebut dalam beberapa perkara antaranya ialah:

A. Bercakap dengan nada yang lemah lembut kepada mereka tanpa menggores hati mereka dengan perkataan-perkataan yang kasar. Ini berdasarkan firman Allah seperti yang disebutkan tadi didalam Surah Al-Isra’ ayat 23.

B. Membantu dan meringankan beban mereka dengan memberi wang pembelanjaan sekadar termampu.

C. Sentiasa mengambil tahu keadaan mereka terutama daripada sudut kesihatan.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu.[HR: AHMAD 10610]

D. Sering menelefon mereka jika kita berada jauh daripada ibu bapa agar mereka mengetahui bahawa kita sentiasa mengambil berat terhadapnya.

E. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dirahmati dan diredai Allah.

F. Menjaga mereka ketika mereka sakit.

G. Menyantuni mereka ketika usia mereka sudah lanjut.

2. Setelah mereka meninggal dunia

A. Mendoakan mereka supaya mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sabda Rasulullah: Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. – [HR Muslim 1631].

Salah satu manfaat yang bakal diterima ibu bapa selepas mereka meninggal dunia ialah doa yang dikirimkan daripada anak yang soleh.

B. Melunaskan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Seperti mana dalam sebuah hadis telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk ditunaikan.” – [HR al-Bukhari (1953].

C. Selesaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada sesama manusia setakat yang mampu.

D. Menziarahi sahabat-sahabat kepada ibu bapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja.

E. Tunaikan segala wasiat yang ditinggalkan sebaik mungkin.

F. Bersedekah untuk mereka dengan niat khusus agar sedekah itu sampai ganjarannya kepada arwah ibu bapa.

Ibu bapa kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya didunia dan akhirat.

Ada diantara kita yang menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Anak-anak perlu dilatih agar menyayangi ibu bapa selain mendoakan kesejahteraan orang tua masing-masing. Gambar hiasan.

Apabila melalui detik kehilangan itu, baharulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunan kepada ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada walaupun mereka sudah meninggalkan kita.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana aku dapat ini? Allah berfirman: Dengan istighfar anak kamu kepadamu. – [HR Ahmad 10610].

Dan ingatlah dosa kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi sebelum akhirat.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW: Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendakNya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” – [HR al-Hakim 7263].

Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menjadi permata buat ibu dan ayah.

LihatTutupKomentar