Difahamkan ianya video lama memaparkan pendedahan Siti Nurhaliza dalam sebuah rancangan televisyen di TV AlHijrah yang dihoskan ustaz Don Daniyal namun dikongsikan semula oleh pengguna Facebook.
Siti berkongsi cerita kepada ustaz Don bahawa dia berdoa pada Allah SWT di tanah suci agar ditunjukkan Lailatul Qadar dan juga malaikat.
Foto: FB
Dakwanya hajat tersebut dimakbulkan Tuhan.
“Sampai malam ke-27 ketika itu. Sewaktu saya baru saja selesai tawaf sunat juga. Saya balik ke hotel, ketika itu kan doa qunut dibacakan dalam pukul 3 pagi.“Waktu doa yang panjang tu lah kebetulan saya balik ke hotel, berehat sekejap dan terus ke satu tempat tu di tempat yang terbuka dan tempat tinggi.
“Saya dan juga suami. Sebab hati saya terlalu kuat cakap. Saya ajak suami ‘jom kita duduk kat balkoni yang terbuka ni’ dan dia boleh menghadap Kaabah jelas dan persekitaran Kaabah pun saya boleh nampak.
“Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.”
Mendengar pengalaman yang dikongsikan, ramai netizen yang memberikan pelbagai reaksi.
“Terima kasih. Semoga yang dikongsikan beri kesedaran kepada yang kurang sedar. Elok lah apa yang di lihat tu tak di sebut.”
“Saya ni tak pandai.. Macam mana rupa malaikat dan macam mana dia comfirm itu malaikat.. Sekadar nak tahu.”
“Ingat senang nak jumpa Lailatul Qadar. Kalau betul dia dah stop semua aktiviti duniawi.”
“Terus-terang aku tak percaya dengan cerita-cerita gini oleh orang-orang yang macam ni. Bukan nak kata Siti tak baik tapi faham-faham sendiri sudah.”
“Entah lah.. Nak percaya ke tidak apa yang dia ni cakap. Bukan senang nak jumpa Lailatul Qadar/malaikat. Wallahualam.”
“Alhamdulillah.. Semoga kita juga bertemu malam Lailatulqadar.”
“Allah memberi kepada siapa yang dia kehendaki.. Indahnya pengalaman Tokti.. Allah dekat dengan hambaNya.”
“Sedangkan nabi pun rasa takut gementar sampai pucat lesi wajah baginda pertama kali jumpa malaikat Jibrail di Gua Hira.”
“Fenomena Siti diragui. Perkara ghaib hak milik yang Maha Esa.”
Sama ada kisah yang dikongsikan penyanyi ini benar atau tidak, hanya dia dan juga Allah SWT yang mengetahuinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Cari via AppleHijau