[VIDEO] Kes pukul: Polis KK tahan 6 pelajar perempuan SMK Inanam

[VIDEO] Kes pukul: Polis KK tahan 6 pelajar perempuan SMK Inanam


Polis telah menahan 6 pelajar perempuan dari SMK Inanam susulan satu rakaman video kes kejadian pukul seorang pelajar perempuan tular di media sosial baru-baru ini. Semunya kerana dendam. Mangsa sama pernah memukul seorang pelajar tingkatan satu.


KOTA KINABALU: Polis telah menahan enam pelajar perempuan dari sekolah SMK di Inanam susulan satu rakaman video kes kejadian pukul seorang pelajar perempuan tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, mereka yang ditahan berumur lingkungan 13 hingga 16 tahun juga seorang perempuan berumur 17 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut telah ditangkap pada awal pagi Sabtu, 9 Julai 2022 bagi membantu siasatan kes ini.

Katanya, tangkapan ini dibuat berikutan kes seorang pelajar perempuan dipukul di SMK Inanam pada 7 Julai 2022 telah tular menerusi satu rakaman video di aplikasi whatsapp dan facebook yang dikaitkan dengan kejadian seorang perempuan iaitu pelajar salah sebuah sekolah di Inanam telah dipukul oleh beberapa orang pelajar lain.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis memandang berat kes sebegini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa.

Kes disiasat di bawah seksyen 147 kanun keseksaan- Asal SM
LihatTutupKomentar