Assalamualaikum Mama, Mama Buat Apa?”- Dua Beradik Panggil Arwah Ibu Dekat Kubvr Undang Sebak

“Assalamualaikum Mama, Mama Buat Apa?”- Dua Beradik Panggil Arwah Ibu Dekat Kubvr Undang Sebak

 


Tidak dinafikan kehilangan individu yang kita sayang merupakan momen yang paling sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Lagi menyedihkan apabila anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa tersayang dan tidak sedar bahawa ibu mereka sebenarnya sudah tiada! Memang sebak…

“ASSALAMUALAIKUM MAMA!”

Seperti video pendek dikongsi Makassar_iinfo di laman Instagram, memaparkan dua kanak-kanak dipercayai dua beradik yang sedang bertanyakan beberapa soalan kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Apa yang lebih meruntun hati, apabila kanak-kanak ini sempat memberikan salam dan menanti respon daripada arwah ibunya.

“Mama lagi ngapain? (Mama sedang buat apa?) Hello mama! Assalamualaikum mama!” Walaupun diuji dengan sedemikian rupa, kanak-kanak ini masih tersenyum dan sama sekali tidak menangis meratapi pemergian ibu tersayang. Bagaimanapun, tiada info lanjut berhubung video tersebut.

‘JADI ANAK YANG SOLEH YA’

Ramai juga yang turut tersentuh dan ada yang mengalirkan air mata melihat telatah anak-anak tersebut. Dengan itu, orang ramai mendoakan supaya anak-anak tersebut diberikan kesenangan dan membesar menjadi anak yang soleh.

Sumber: Instagram @makassar_iinfo VIA

LihatTutupKomentar