Ramai Yang Tak Kenal Beliau Tetapi Allah Gerakkan Hati Untuk Datang,Dua Kali Solat Jenazah Sehingga Keperibadian Arwah Disebut-sebut

Ramai Yang Tak Kenal Beliau Tetapi Allah Gerakkan Hati Untuk Datang,Dua Kali Solat Jenazah Sehingga Keperibadian Arwah Disebut-sebut

 


Ramai Yang Tak Kenal Beliau Tetapi Allah Gerakkan Hati Untuk Datang, Dua Kali Solat Jenazah Sehingga Keperibadian Arwah Disebut-sebut, Keperibadian arwah Khairul Ridwan masih disebut-sebut sehingga hari ini. Apakah rahsia amal soleh yang dilakukan beliau sehingga berpusu-pusu jemaah hadir sama ada yang mengenal atau tidak mengenalnya untuk sama-sama memberikan penghormatan terakhir dengan solat jenazah.

Kematian tidak mengenal umur, masa, dan kesediaan kita dalam menerimanya. Sakit hanya asbab sekiranya seseorang itu meninggal dunia kerana sakit ia adalah ujian penghapus segala dosa-dosanya sebelum dijemput menghadap kepada yang Maha Esa. Kerana itu ujian bagi mereka yang ditimpakan sakit lalu terpaksa berhadapan dengan sakitnya hingga ke hujung nafas, Allah SWT berikan kesabaran yang cukup kuat kepada insan terpilih ini.

Beratus kenalan dan guru menyebut kebaikannya

Kisah ini dikongsikan menerusi hantaran Facebook oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Wanis, rakan baik arwah Khairul Ridwan sejak 5 tahun lalu ketika masing-masing belajar di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Arwah yang cukup dikenali dengan panggil Akhi Khairul adalah seorang sosok yang cukup dikenali oleh teman-teman sepengajian sebagai pemuda yang ceria, ramah, soleh, dan ringan tulang membantu orang.

Sejak kematian Akhi Khairul, beratus-ratus sahabat, guru-guru, dan ramai lagi kenalan menyebut-yebut segala kebaikan beliau semasa hidup. Sungguh pemergiaan ini memberi bekas yang cukup terkesan kepada mereka semua.

“Dua kali solat jenazah semoga Allah kurniakan syurga buatmu.”

“Saya tak pernah jumpa beliau, tapi Allah gerakkan hati untuk datang.”

“Wajah seperti budak kecil yang sedang tidur dengan penuh senyuman.”

“Insha Allah beliau termasuk ahli syurga.”

“Senyuman yang dirindui. Baik sangat orangnya.”

Rahsia keperibadian arwah Khairul Ridwan

Sempat disisipkan ringkasan dari para sahabat dan guru yang mengenali beliau. Mengapa begitu istimewa cara Allah SWT menjemputnya sehingga dua kali solat jenazah dilakukan, bahkan sisi baik beliau tidak putus-putus disebut dan diingat.

1. Tidak lelah dan penat membantu orang lain ketika hidup. Sehinggakan di waktu sakitnya sungguh luar biasa orang yang datang ziarah, menghulurkan bantuan, dan berdoa untuknya.

2. Suka bergurau, tidak lokek dengan senyuman, hormat orang lain, ramah mesra dengan semua orang, dan tulus dalam bersahabat. Sehinggakan pemergiannya masih berbekas dalam hati sahabat dan guru-guru yang kenal atau tidak kenal pada beliau. Wajahnya juga bersih ketika dikafankan seperti sedang tidur dan penuh senyuman.

3. Berjuang membantu agama Allah. Walaupun baru berusia 27 tahun banyak sumbangan yang beliau telah curahkan kepada persatuan di universiti dan di luar.

4. Sangat menjaga hubungan dengan ibu bapa. Bahkan beliau sanggup berulang alik dari kampung ke Kuala Ketil, Kelantan setiap hari dengan menaiki motor untuk melihat wajah ibu bapanya. Beliau faham tanggungjawab anak sulung kepada keluarga.

5. Mencintai Rasulullah SAW. Perjuangannya dalam berdakwah jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan baginda tetapi sikap istiqamahnya dalam memperjuangkan Islam patut dicontohi kerana sebaik-baik amal yang paling dicintai Allah SWT adalah istiqamah walaupun kecil.

Bahkan setiap kali diceritakan atau bercerita tentang kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan syiar Islam, air mata beliau akan tumpah dengan tiba-tiba.

6. Sangat redha dan ikhlas dengan ujian Allah SWT. Apabila kita disahkan menghidap penyakit yang kronik sehingga boleh membawa kepada kematian, pastinya kita akan sedih, menyesal, dan berputus asa.

Namun ianya berbeza dengan beliau apabila beliau benar-benar pasrah, redha, sabar, dan ikhlas dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan olehnya. Kata-katanya masih penuh dengan pujian kepada Allah SWT, motivasi hidupnya lebih berganda tinggi, dan sangat positif sepanjang menjalani kesukaran ini.

Pengajaran dari kisah kematian yang sangat dicemburui
Waktu muda adalah waktu yang sangat bermanfaat untuk kita isi dengan amal kebajikan. Sungguh dunia ini hanya sementara, sekadar pinjaman yang tidak kekal, dan hanya untuk menguji iman kita.

Jika kita meletakkan dunia di hati, bagaimana untuk kita merasakan manisnya syurga yang akan Allah SWT beri? Jika kita sayang untuk meninggalkan apa yang ada di dunia ini, bagaimana kita akan menikmati limpahan yang paling mahal dalam syurga yang Allah SWT beri?

Sedang kita masih leka di sini, sedarlah penduduk syurga sedang sibuk menikmati kesenangannya bersama orang-orang soleh yang lain. Dan itulah matlamat agung kita sebagai seorang insan.

Sumber: Hikmatul Islam

LihatTutupKomentar