Khabar Duka, Anak Lelaki Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menlnggal Dunia.


Khabar Duka, Anak Lelaki Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menlnggal Dunia.

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Innalillaahi wa inna ilaihi rojiun.

Pagi ini, seorang figura agama terkenal, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi satu berita se.dih tentang peme.rgian anaknya, Hammad Zulkifli, 22, di Facebook miliknya.

Berikut kongsinya :

Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan peme.rgian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.

Duhai anakandaku Hammad,

Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghe.mbuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat se.dih atas perpisahan ini.

Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang la.had. Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad.

Insya-Allah, solat jena.zah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam USIM, Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM.


Masih Teruskan Kuliah Dhuha
Meski masih berse.dih dengan peme.rgian anaknya, beliau tetap meneruskan majlis ilmu kuliah dhuha, Jalsah ‘Ilmiyyah yang telah dijadualkan sebelumnya.

“Al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H) terkenal sebagai salah seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Beliau sesekali tidak akan menin.ggalkan madrasahnya untuk apa jua tujuan walaupun untuk berehat. Hidupnya hanya diwakafkan untuk ilmu.

“Ada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin al-Subki berkenaan kewa.fatan anak kepada Al-Hafiz al-Munziri. Beliau solat jena.zah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jena.zah hingga ke muka pintu.

“Beliau lalu berkata ‘Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala’. Lalu beliau kembali masuk ke dalam untuk menekuni ilmu.

“Betapa ulama silam memuliakan ilmu walaupun anaknya menin.ggal dunia. Atas asas ini, saya teruskan kuliah pada pagi ini,” ujar beliau.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu. Takziah buat keluarga Datuk Seri, semoga bertemu semula anakanda tersayang di syurga abadi kelak. Aamiin.

Sumber : fb Dr Zulkifli / sinar

LihatTutupKomentar