Sangat sentap “Sakit bukan alasan,Nenek Neelofa tak pernah tinggal baca Al-Quran” Hingga sentiasa sihat dan dipanjangkan umurnya

Sangat sentap “Sakit bukan alasan,Nenek Neelofa tak pernah tinggal baca Al-Quran” Hingga sentiasa sihat dan dipanjangkan umurnya

Nenek Neelofa tak pernah tinggal baca al-Quran

Nenek kepada selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa iaitu Bibi Khoteha Yusof memberitahu dia tidak pernah meninggalkan membaca Al-Quran dalam kehidupan harian meskipun berada dalam keadaan sakit.

Memetik laporan Sinar Harian, Bibi berkata, dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun tetap istiqamah membaca Al-Quran kerana percaya ia merupakan penawar terbaik bagi merawat semua jenis penyakit.

“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tak pernah tinggal baca al-Quran. Saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran.”ujar Bibi.

Kredit foto: Sinar Harian

Tambah warga emas berusia 77 tahun, guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun pada ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Dan, ia bukanlah alasan terbaik untuk elakkan diri daripada tidak membaca al-Quran.

“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,”ujarnya lagi.

Bibi berkata demikian ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam. Malah, Bibi juga menyifatkan majlis tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

LihatTutupKomentar