Tiba-Tiba Rebah “Wanita Dilapor Meninggal Dunia Ketika Ziarah Kubur Adik”

Tiba-Tiba Rebah “Wanita Dilapor Meninggal Dunia Ketika Ziarah Kubur Adik”

Tiba-Tiba Rebah, Wanita Dilapor Meninggal Dunia Ketika Ziarah Kubur Adik

Alor Gajah – Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di tepi kubur adiknya di tanah perkuburan Tanah Wakaf Lubok China, di sini, hari ini.

Memetik laporan Kosmo, wanita yang dikenali sebagai Suhaidzra Abd Zahar, 36, itu menziarahi kubur adiknya kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata bahawa orang awam yang berada di situ melihat wanita terbabit tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan (KK) Lubok China.

“Semasa berada di kubur arwah adiknya, saksi nampak wanita itu tiba-tiba rebah.

.

“Orang ramai kemudian membawanya ke KK Lubok China, namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo.

Tambahnya, Suhaidzra yang masih bujang dan bekerja sebagai kerani menetap di Negeri Sembilan. Dia kerap pulang ke kampungnya di Lubok China untuk menziarahi kubur adiknya.

“Pegawai perubatan mengesahkan wanita itu meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung.

.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

LihatTutupKomentar