Wanita Ini Terkejut Ditawar Hantaran RM30,000, Tak Sangka Ciri Istimewa Jadi Pujaan Ramai Lelaki

Isu wang hantaran sememangnya hangat diperkatakan sejak zaman dahulu lagi. Bak kata orang kalau si gadis pandai serba serbi, pasti yang meminang tidak kisah jika nilai yang diletakkan itu tinggi. Tapi tidaklah sehingga dilihat seperti menjual anak pula.

Sebuah video dari akaun TikTok culengg00 tular sejak dia berkongsikan kemahirannya menukar tayar kereta. Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu ada pula seorang jejaka yang menyatakan bahawa dengan skill yang dimiliki, gadis itu layak untuk menerima hantaran walau nilainya RM30 ribu sekalipun.

Tidak lama selepas itu, gadis ini membuat video lain untuk memberi respon terhadap komen tersebut. Dia berasa masih tidak layak untuk menerima tawaran sebegitu rupa.

hantaran 30k pun tak kisah

Ganahnyo..

Tambahnya lagi, dia sendiri masih mempunyai kekurangan kerana dia bukanlah seseorang yang pandai atau suka memasak namun setakat ini sudah mahir membuat karipap.

Sejak dimuat naik semalam, video berkenaan telah meraih 500 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi pemilik video ini kerana berani untuk belajar dalam bidang automotif.

Bukan itu sahaja, ramai juga antara mereka berseloroh tidak kisah sekiranya gadis tersebut belum mahir memasak.

xpa saya bekas cheff

Boleh gabung dengan saya

Sejak dimuat naik semalam, video berkenaan telah meraih 500 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi pemilik video ini kerana berani untuk belajar dalam bidang automotif.

Bukan itu sahaja, ramai juga antara mereka berseloroh tidak kisah sekiranya gadis tersebut belum mahir memasak.

LihatTutupKomentar