Cetus sebak,Tak sempat lihat wajah anak ‘wanita minta edit gambar bersama suami’

Cetus sebak,Tak sempat lihat wajah anak ‘wanita minta edit gambar bersama suami’

wanita minta edit gambar bersama suami cetus sebak

Kebiasaannya, setiap hantaran di laman grup Facebook Edit Apa Hari Ini akan diakhiri dengan gelak tawa apabila seseorang meminta ahli di dalam itu untuk menyunting sesuatu gambar.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya suasana dalam grup tersebut bertukar menjadi serius dan sebak apabila ia melibatkan permintaan seseorang itu menyentuh hati nurani ramai.

Terbaharu, seorang wanita dikenali DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta agar gambar dia bersama anak yang baru dilahirkan disunting bersama suaminya yang telah meninggal dunia sewaktu perayaan AidilAdha lalu.

“Nak minta tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan anak kami. Arwah suami meninggal masa raya haji, tak sempat lihat anaknya lahir.

.

“Semoga gambar ini dapat jadi tatapan buat anak kami kelak, mesti dia seronok sangat. Terima kasih semua,”tulisnya.

Dia juga berharap agar gambar tersebut akan menjadi sesuatu bermakna buat anak setelah dewasa kelak kerana mempunyai gambar bersama seorang insan bergelar bapa meskipun takdir memisahkan mereka.

Ini je mampu, moga ceria selalu

Rata-rata penghuni grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan anak wanita berkenaan. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut ia dapat menceriakan dan melengkapkan gambar keluarga kecil itu.

Malah, ramai turut menitipkan mendoakan agar arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak tersebut menjadi seorang insan yang membahagiakan ibunya.

Sumber Dan Rujukan


LihatTutupKomentar