Terlantar Selepas Diserang Sawanv”Adik Yusuf Mohon Bantuan Semua, Perlu Dana RM 6,922 Untuk Rawatan”
Biasanya, jika kanak-kanak sudah mencecah usia dua tahun, mereka sudah mula berjalan dan bergerak dengan aktif.
Malah ada juga yang mula petah berkata-kata dan mempelajari bagaimana untuk membaca dengan baik.
Namun begitu, ada juga yang diuji dengan penyakit tertentu, tidak dapat menjalani kehidupan yang sihat dan adik Muhammad Yusuf Azmi juga tidak terlepas diuji pada usia yang sangat muda. Baru berusia dua tahun lapan bulan, adik Yusuf kini hanya terlantar di tempat tidurnya dan tidak mampu aktif seperti kanak-kanak lain yang seusianya.
Sebelum ini, adik Yusof menjalani kehidupan yang sangat ceria, aktif dan petah berkata-kata, namun semuanya berubah selepas dia diserang sawan pada satu hari.
Dahulunya bergerak bebas, kini hanya terlantar di katil
Bagai jatuh ditimpa tangga, kanak-kanak ini kemudiannya disahkan menghidapi beberapa jenis penyakit termasuk himophilia, subdural hematoma, dystonia dan epilepsi yang menyebabkan beberapa anggota badannya lumpuh.
Keadaan yang menimpa adik Yusuf nyata memberikan cabaran yang getir buat keluarganya apatah lagi si ayah cuma seorang peniaga pasar malam. Ada kalanya, keluarga ini terpaksa berusaha keras dan menanggung kos yang besar dalam menyediakan keperluan khas dan rawatan untuk anak comel ini.
Difahamkan ia boleh mencecah kira-kita RM1000 sebulan untuk membeli barang keperluan khas seperti beg susu dan susu khas Pediasure yang perlu disalurkan melalui mesin.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita boleh meringankan beban keluarga adik Yusuf dengan menyalurkan bantuan menerusi Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial – KELSS. Berikut merupakan perincian bantuan KELSS yang bakal diberikan kepada Adik Yusuf.
Petang semalam, kru sukarelawan kami meluangkan masa menyantuni anak kecil ini sambil menghulurkan sumbangan awal dalam bentuk bekalan beg susu dirumah nenek adik Yusof di Kg Dendang,Ketereh, Kelantan.
Kami dengan ini melancarkan TABUNG BANTUAN ADIK YUSOF bagi tujuan pencarian dana untuk membantunya dalam bentuk
1) ENAM BULAN bekalan susu khas Pediasure Vanilla 850g
RM90 x 9.5 tin sebulan x 6 bulan = RM5,130
2) ENAM BULAN bekalan lampin Drypers Wee Wee Dry XXL
RM33.00 x 4 beg sebulan x 6 bulan = RM792
3) BANTUAN kewangan one – off bagi kos ulang alik janjitemu dan rawatan susulan = RM1,000
Jumlah sasaran: RM6,922
Perkongsian rezeki atau sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibubapanya,
CIMB BANK 8602 4983 68
diatas nama KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Sebarang maklumat atau pertanyaan kepada kami melalui WhatsApp, sila tekan
www.wasap.my/60179404640/AdikYusof
Semoga dengan sumbangan iklas rakyat Malaysia, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga adik Yusuf.