Nampaknya, sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai kabinet baharu semalam kepada rakyat, ramai yang tidak berpuas hati apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri Malaysia (TPM) I yang baharu.
Mana tidaknya, seseorang yang terpalit dengan kes mahkamah seperti perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram telah diberi tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri dianggap tidak wajar sama sekali
Anwar tak berpegang pada prinsip?
Malah netizen turut meluahkan rasa hairan mengapa Anwar Ibrahim sanggup melanggar prinsip hidupnya yang sebelum ini tidak mahu melayan sebarang tawaran kerjasama dengan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah.
Tak menyesal undi Perikatan NasionalNamun begitu, sedar akan ‘permainan’ politik yang sedang berlaku pada ketika ini, rata-rata netizen menzahirkan syukur apabila Perikatan Nasional berpegang teguh pada pendirian dan prinsip mereka untuk tidak bersama dengan kerajaan perpaduan.
Malah, keputusan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi pembangkang adalah tepat selaras dengan prinsip mereka iaitu Prihatin, Bersih dan