Banjir di Baling: Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemukan berpelukan
Berhubung kejadian tiga sekeluarga dihanyutkan arus deras akibat banjir di Baling, dua daripada mereka iaitu wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya ditemui dalam keadaan berpelukan pagi ini.
Menurut laporan Kosmo! Online, mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mangsa dijumpai sejauh kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri saya minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak saya untuk jaga dia sebab emak saya kena strok,” katanya yang berkahwin pada Februari lalu.
Difahamkan, isterinya yang menemani ibu mentuanya terlantar akibat penyakit tersebut tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmar Idros & Norlia Ramli) , BERNAMA