Lama tunggu giliran, pemuda tergamam pegawai JPJ suruh ke kaunter lain. -“Dia kata penat, tapi sambil main fon”


Lama tunggu giliran, pemuda tergamam pegawai JPJ suruh ke kaunter lain. -“Dia kata penat, tapi sambil main fon”


Seorang lelaki yang juga merupakan pemilik kenderaan pelancong berkongsi pengalamannya sewaktu berurusan dengan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Pegawai JPJ mengeluh penat di kaunter
Dia bernama Wong Qiau Wei terkesima dengan layanan yang diberi seorang petugas JPJ yang ketika itu berada di kaunter urusan.

Menurutnya, ketika tiba di kaunter, anggota terbabit merungut melihat dokumen yang dibawa Qiau Wei pada hari kejadian.

       

“INI APA? KENAPA BEGITU BANYAK DOKUMEN? SAYA TIDAK MAU TENGOK.”

SAYA PENAT. KAMU CARI LAIN ORANG”, SAMBIL BERMAIN APLIKASI WHATSAPP. TIDAK CUKUP DENGAN ITU, PEGAWAI TERSEBUT JUGA MEMBUANG DOKUMEN TERSEBUT KEMBALI KEPADA SAYA.

OLEH ITU SAYA PUN RASA TIDAK PUAS HATI DAN BERDEBAT SEDIKIT DENGAN PEGAWAI TERSEBUT KERANA SAYA DATANG UNTUK MEMBUAT URUSAN YANG MEMANG SEHARUSNYA DILAKUKAN DI KAUNTER JPJ SAHAJA.

AKHIR SEKALI SAYA TERPAKSA KE KAUNTER LAIN DAN PEGAWAI LAIN YANG MENGURUSKAN DOKUMEN SAYA.

Netizen Memberi reaksi:

      

Pegawai JPJ mohon maaf

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Qiau Wei memaklumkan bahawa aduan tersebut telahpun sampai ke pengetahuan pihak atasan.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga enggan memanjangkan isu lagi memandangkan anggota terbabit telahpun bertemu dengannya untuk membuat permohonan maaf atas perlakuannya.

KES SELESAI: Pengadu terima permohonan maaf pegawai kaunter JPJ Bundusan. Pertemuan tersebut turut disaksikan oleh pengurusan tertinggi JPJ Sabah, tengah hari tadi.

Dipetik dari FB Qiau Wei:

        

Akhirnya sudah dapat jawapan yang sangat memuaskan hati.

tengah hari ini, saya telah hadir ke pejabat jpj bundusan dan saya telah pun berjumpa dengan pihak atasan serta pegawai tersebut.
pegawai tersebut telah pun memohon maaf dan saya dengan seikhlas hati juga menerima permohonan maaf tersebut.

Oleh itu, kami anggap perkara ini sudah selesai dan saya mahu memadamkan pos berkaitan pegawai tersebut.

Oleh itu, kami sebagai pengguna berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. sama-sama kita memudahkan urusan sesama kita kerana hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Sumber : Facebook Dan Twitter

LihatTutupKomentar