Terkini, Dilepas Tanpa Dibeb4skan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukum4n G4ntvng-.
Terkini, Dilepas Tanpa Dibeb4skan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukum4n G4ntvng-.
Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman meluahkan rasa bersyukur selepas dibebaskan atas tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Memetik Sinar Harian, Yasin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta orang ramai yang memberikan sokongan padanya.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya.
Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman berkata mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan meskipun adiknya tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah.
“Kami lega dengan perkembangan kes yang Yasin hadapi ini. Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.
Mahkamah Majistret hari ini melepas tanpa membebaskan Yasin daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.
Bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sumber:ROTIKAYA