Lelaki sanggup cer4i isteri mengandung tal4k 3 kerana perempuan lain

Lelaki sanggup cer4i isteri mengandung tal4k 3 kerana perempuan lain


Tidak cukup mengabaikan nafkah terhadap isterinya, seorang lelaki didakwa sanggup melafazkan cerai dengan talak tiga terhadap wanita itu yang kini sedang hamil anak mereka.

Wanita yang dikenali sebagai Siti Fatimah Shuhada itu meluahkan rasa kecewa melalui sebuah posting di laman Facebook miliknya dengan memuat naik paparan skrin lafaz talak menerusi aplikasi Whatsapp.

Shuhada yang berasal dari Kelantan berkata, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup melafazkan cerai yang didakwa demi perempuan lain ketika dirinya sarat mengandung.

“Dengan perasaan sedih hanya Allah je tahu betapa sakitnya. Kenapa tak boleh ke tunggu aku bersalin nak bercerai pun.

“Hanya lelaki yang dayus akan bagi talak tiga. Aku tak nak aib siapa² tapi dengan talak tiga demi perempuan ni, aku susah nak terima,” tulisnya.

Menurut Shuhada, dia cuba melakukan perbincangan dengan pihak keluarga perempuan berkenaan namun masing-masing didakwa tidak berusaha mencari jalan penyelesaian.

“Benda ni dah lama sangat. Yess memang aku cari family dia sebab aku nak settle dengan baik nak bincang dengan family perempuan ni…

“…tapi masing² tak nak selesai, sibuk nak block Whatsapp semua. Jangan jadi pengecut , pastu jangan jadi bodoh marahkan orang balik sebab orang cari familymu, bukan senang setiap orang nak terima benda ni,” katanya.

Posting tersebut mendapat 15,000 perkongsian dan 11,000 tanda suka serta lebih 9,000 komen netizen yang turut bersimpati selain mendoakan yang terbaik buat Shuhada.

Apa kata anda? Jangan lupa like, komen dan share. Terima kasih

LihatTutupKomentar