“Umur Sekecil Ini Sudah Melalui 20 Pembed4han” Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Adik Ini

“Umur Sekecil Ini Sudah Melalui 20 Pembed4han” Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Adik Ini

 


Keadaan kesihatan Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi yang menghidap barah mata tahap empat semakin membimbangkan walaupun sudah menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), di sini, pada Isnin lalu.

Ibunya, Nur Natasya Rasid, 25, berkata ia adalah pembedahan ke-20 dalam tempoh tiga tahun dan kali ini dilakukan sekali gus membabitkan bahagian mata dan telinga.

Menurutnya, pembedahan terbaharu mengambil masa selama lapan jam dan dijalankan selepas doktor mendapati keadaan mata dan ketumbuhan di telinga Nur Mardhiah Shahadah, 4, semakin serius.

“Pembedahan itu dijalankan secara mengejut juga hasil pemeriksaan terhadap Nur Mardhiah Shahadah dan ia berjalan dengan lancar.

“Sebelum ini, pembedahan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan Nur Mardhiah Shahadah dimasukkan ke HATTM apabila HKL dikhususkan untuk pesakit Covid-19.

“Nur Mardhiah Shahadah ditahan wad selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang, petang semalam tetapi perlu menjalani satu lagi pembedahan mata pada 2 September depan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nur Natasya, tahap kesihatan Nur Mardhiah Shahadah yang tidak menentu membuatkannya dan suami, Muhammad Iqmal Ramli, 25, berada dalam keadaan tertekan.

Nur Natasya yang baru melahirkan cahaya mata kedua pada 25 Julai lalu juga sedih kerana tidak dapat menemani Nur Mardhiah Shahadah kerana masih dalam tempoh berpantang.

“Mujurlah emak membantu menjaga Nur Mardhiah Shahadah sepanjang berada di wad, sementara suami membantu menghantar barangan keperluan.

“Suami yang dulunya positif juga nampak agak emosi kali ini kerana risau keadaan Nur Mardhiah Shahadah ditambah dengan tekanan kerana dia bekerja sebagai penghantar makanan tetapi tidak dapat bergerak kerana tiada surat pergerakan.

“Saya sedih juga tetapi enggan tunjuk kesedihan di hadapan suami kerana tidak mahu menambah tekanannya,” katanya.

Nur Natasya berkata, dia dan suami akan berbincang dengan doktor untuk mengadakan pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPZ) di Ipoh, Perak iaitu tidak jauh dari rumahnya selepas ini.

“Tak larat rasanya untuk berulang-alik selalu dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur selalu kerana tarikh temujanji berdekatan antara satu sama lain.

“Pernah berasa mahu hentikan rawatan buat Nur Mardhiah Shahadah kerana masalah kewangan dan enggan menyusahkan sesiapa, namun kami memikirkan kesihatannya lebih utama,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Muhammad Iqmal berkata, wang simpanan juga semakin susut kerana sudah lebih sebulan tidak bekerja.

“Isteri pula baru melahirkan cahaya mata baharu, jadi saya buntu memikirkan cara mendapatkan wang. Jika dulu, saya ada juga pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sehari, tetapi kini tiada.

“Hendak cari pekerjaan lain agak susah dalam tempoh pandemik dan saya ada juga ikhtiar memohon bantuan Baitulmal, tetapi masih menunggu jawapan,” katanya.

Pada Ogos 2019, Harian Metro pernah menyiarkan kisah Nur Mardhiah Shahadah (ketika itu berusia 22 bulan) diuji dengan barah mata tahap empat hingga menyebabkan pancaindera kirinya buta dan rabun di sebelah kanan.

Selain barah, bayi itu juga menderita masalah usus, hati bengkak, paru-paru kronik dan kaki bengkok menyebabkan pergerakannya terbatas hingga terpaksa menggunakan alat sokongan.

Sumber: Hmetro

LihatTutupKomentar